Salam semua... Ehh, aku nak share sikit nga korang ni. Buah-buah yang dikatakan boleh jadi ubat, ulam, pastu bleh mkn macam tajuk entry kali ni la.. Tu pun aku da habis perah otak da nak buat tajuk entry kali ni..
1. Buah yang pertama
Korang tengok buah kat bawah ni, korang pernah tengok x? Pernah kan.. tapi aku macam korang la tak tahu nama buah ni orang panggil buah apa. Yang aku tahu buah ni rasa kelat. Warna buah ni akan bertukar warna hitam bila dah masak. Manis la sikit. Tapi bagi aku buah ni tetap kelat...kuikuikuii
Pokok buah ni rendah jer, pastu buah-buah lebat giler. Yang aku tahu khasiat buah ni nak elak berak kesat..opps sori terlalu kesat perkataan aku nih tapi tu la khasiat buah ni taw...
Lagipun pokok buah ni senang tumbuh. Tanam je kat mana-mana pun pasti tumbuh dengan berjayanya...hihihi
2. Buah yang kedua *tetap xthu buah ni nama apa*
Aku suka tengok buah ni sebab buah ni cantik je. Aku tak pasti buah ni untuk merawat apa. Tapi manis sangat buah ni. Warna seakan-akan oren nak merah bila dah masak.
Yang ni tengah putik lagi ni. Kecil je buah ni. Sekali tengok macam buah labu bentuk dia, bezanya labu besar yang ni kecil je.
Pokoknya rendang je sesuai la nak jadikan hiasan laman rumah-rumah korang.
3. Buah putat *nama asal dari Negeri Kedah, kat tempat korang aku tak tahu nama apa, harap maklum...poyo je aku ni*
Sapa yang suka akan ulam mungkin kenal kot buah ni. Aku xmakan buah ni tapi aku makan pucuk dia. Rasa-rasanya kelat-kelat manis gitu..Sesuai sangat makan nasi cicah nga budu.
Cantik jugak aku snap picture buah ni kan...Eh eh eh, cerita pasal buah ni la. Buah ni elok dimakan buah yang muda je yang tua da keras da. Kalau rasa gigi korang kuat macam besi boleh la nak try yang tua..ahaks
Rasa buah ni lebih kurang macam petai kot tak pun jering. Tapi bau tu tak boleh lawan petai nga jering la.. Buah ni biasa-biasa je.
Pokok putat ni memang tinggi, cepat membesar. Khasiat buah ni ala-ala macam kita makan petai kot. Petai tu walaupun bau macam tu tetap ada khasiat nya yang tersendiri kan, macam buah ni jugak la. Yang penting korang kena makan ulam-ulam untuk kesihatan dalaman dan luaran...cewahhh!
p/s : untuk makluman korang aku memang tak tahu nama buah-buah ni apa, kalu korang tahu share kat aku ek. Pandai makan je, nama buah tak tahu.
:)
1 comment:
2 buah first tu mmg xpernah tahu,.. yg 3rd tu tahu n pernah jumpa..
Post a Comment