Maaf la yer sbb lama xupdate sal balik kg ni. Entry kali ni aku nak sambung cerita balik kg part 1. Korang terlepas baca erk? Dont wory, klik sini .
Haaaa, satu lagi yang pasti keluarga aku tak akan lupa bila balik kampung kat Kedah ni...
Mengail ikan la.. Kan Kedah Jelapang padi, apa lagi xlepas la peluang nak g mengail ikan nih.. Dengan suasana kat kampung aku mengadap bukit-bukit..Fuhhh, memang tenang la fikiran.
Korang tengok nih, time tu padi baru je lepas kutip. Jadinya ikan2 semua da banyak yang besar-besar la..
Waaaa,bestnyer la...
Aku banyak snap gambar2, pelbagai sudut. First gambar tu ambik yang mengadap bukit-bukit. Gambar ni menghadap jalan raya sikit.
Tengok, mesin padi pun masih ada lagi. Banyak lagi padi yang tak dimesinkan.
Ni plak aku snap kat tempat mengail. Korang bleh bezakan gambar yang ada mesin padi yang kecik tu kan. Tu la umah aku, ehh bukan mesin padi tu la umah aku. Kan gambar sebelum gambar ni ada mesin padi besar, tu snap dari rumah, yang ni snap dari bendang. Fuuhhh, susahnya nak terang kan...Aku taw korang cekap, aku saje je nak terang kan lagi...kuikuikui
Ni plak kawasan tempat mengail la. Nampak tu tali air, banyakk ikan puyu taw.
Ni adik aku, dia ni champion mengail la. Selalu banyak dapat ikan. Guna ayat ape pun tak tahu time mengail. Minat kot.
Ni plak abah aku, minat giler mengail tapi time balik Kedah jela. Duk kat umah tak pulak g mengail.
Yang ni aku nak suka awal-awal lagi. Hahahahahaha, over plak da.
Bukan apa korang perasan tak ada batang mengail tu, aku lupa nak buat error..*padahal malas*
Tu la batang kail aku punya...hihi sebab aku gelak tu satu ekor ikan pun xnak makan umpan aku.
Bleh la sebab aku xminat pun mengail. *cover malu* hikhikhik
Ikan puyu jela yang banyak dapat. Aku lupa nak snap gambar ikan yang dapat, biasa la google ada kan. Tapi cerita ni aku tak tipu pun..Cerita betul ni, cuma gambar ikan ni je yang google. hihihi
Kalau aku tak bagitaw aku tipu, korang mesti percaya aku dapat ikan banyak ni kan.
Mak cakap tak baik tipu kawan-kawan kan...
:)
1 comment:
suka mengail yer..
bagus2 ;D
mati2 ingat ikan tu awak yg mengail..hihi
Post a Comment