Sedihnya sebab dapat cuti 2 hari je. Ahad nga Isnin. Raya ke-3 dah kena kerja je. Dah la banyak kawan2 yang suh pergi kenduri diorang. Mintak2 la bos bagi aku balik awal sikit nanti. Bos baik! Bos hensem! Bos bagi la cuti lebih sikit, bos cakap buat company sendiri la. Sob sob sob!
Sodeyy kan. Korang dapat cuti berapa hari?? Cer kongsi2. Ramai yang aku baca dalam fb ada yang cakap dapat cuti 2 minggu la, seminggu la. Ehh,kau kerja kat mana? Ada kosong tak? Hihihi
Ada jugak yang langsung tak dapat cuti sebab kena kerja. Aku dapat 2 hari ni sepatutnya bersyukur la, orang lain tak dapat cuti lansung. Apa la kau nih.
Pape pun pada yang kena kerja tuh, bersabar la ek, demi Negara Yang Tercinta! Jasa korang tu kami banggakan! Errm,sodapnya ketupat cicah serunding..Oppsss! Hihihi
Pada yang bercuti lama2 tuh mamfaat kan lah cuti korang tu ek. Pandai2 la korang bahagikan masa untuk family, kawan2, buah hati korang tuh.. Jangan lupa nanti sambung kerja bawa balik bekal biskut ketupat tuh. Nanti tak pasal2 duk kat tempat kerja duk ingat kampung lagi kan..
Semoga kita semua selamat pergi & selamat pulang!
Ingat lah orang yang tersayang!
Pandu cermat jiwa selamat!
Ehh, macam iklan signboard kat jalan2 balik kampung kan....
:)
No comments:
Post a Comment