Thursday, 23 August 2012

Cinta!

Semuanya pasal cinta. Aku suka gambar2 yang diambil secra kreatif la,bukan yang biasa kita tengok je. Bukan jiwang erk. Sebenarnya aku dah tak ada idea sangat nak cerita apa kali ni. Cari2 gambar aku baru perasan terlalu banyak gambar2 yang berkaitan dengan LOVE, sooo aku pun terpikir la nak cerita tentang CINTA nih. Semua pernah alami cinta kan. Paling utama cinta kepada Pencipta kita, kedua ibu bapa, keluarga, saudara mara, kawan2, bf/gf, ehh ada jugak. Mesti la ada. ke korang tak sayang kat gf/bf korang? Kepada binatang pun kena sayang jugak.


Banyak jugak situasi orang2 bercinta nih. Ada yang bercinya jarak jauh, jarak dekat pun ada. Semuanya ada baik ada buruk kan. Bagi aku jarak jauh memang menyakitkan. Pasangan boleh buat apa saja di belakang kita kan, sebab kita tak tahu. Dia cakap pergi kerja padahal pergi tempat lain. Yang baiknya pulak, couple tu boleh elakkan maksiat. Sebab masing2 dah duk jauh. Kat sini kejujuran, kesetiaan, kepercayaan sangat penting. Taruhlah kepercayaan kepada pasangan masing2 bila korang berjauhan. Bagi yang dah couple terlalu lama,mesti korang akan kenal sikap pasangan tu macam mana walau duk jauh sekali pun. Kemungkinan sikap sabar korang akan berbuah nanti, pastu boleh ambik buah tu dan makan. hhihihi..

 
Percintaan jarak dekat pun ada baik ada buruk jugak. Orang kata bila dah selalu jumpa akan cepat boring, asyik tengok muka yang sama je kan. Semua tu terletak pada diri masing2 la. Bila dah dekat pastu rindu terus boleh jumpa lepaskan rindu kan. Lain la yang duk jauh rindu pun setakat boleh sms, call, kalu canggih lagi boleh 3G, tu pun kalu duk area yang canggih sikit.

Cinta ibarat penyatuan dua hati. Cewahhh...

Korang tengok la gambar ek, malas nak taip + xde idea...Hihihi













LOVE korang semua!!

:)

No comments: