Monday 10 September 2012

Lemak berkrim susu ni...

Korang pernah minum susu tak? Aku suka sangat. Dulu tak suka pun, bau susu pun dah rasa macam eiiuuuwww!! Tapi sekarang bila berjumpa dengan susu ni tiba-tiba jadi minat suka sayang kat susu plak. Susu apa? Susu HL la. Lemak berkrim kan susu ni.

 

Aku stanby susu ni kat tempat kerja je, kalau kat umah kejap je tengok-tengok kotak ni dah ada dalam tong sampah. Habis la semua family aku minum susu ni. Kucing aku pun minum, lagi lah cepat habis. Kedekut kan aku!

Lagipun susu kan ada kalsium yang boleh jaga gigi dengan tulang kita, banyak vitamin lagi, boleh jaga kulit sambil menikmati lemak berkrimnye susu ni. Pada yang tidak minum susu tu, minum la susu ni. Pasti terpikat punyer! *bajet duta susu HL ni*

Susu ni kalau tak silap aku ada 4 perisa. Perisa asli, coklat, strawbery pastu satu lagi perisa apa ntah. Aku pilih yang perisa asli je, baru la rasa betul-betul minum susu kan.

Kalau korang tak suka minum susu ni korang boleh jadikan susu ni benda lain taw. Contohnya korang nak buat puding roti ke, nak makan coco crunch ke, pelbagai makanan lain yang boleh gantikan dengan susu cair la. Pasti lagi sodappp taw!

 
Sedap plak kan!! *makan lagi*

Korang pun kena la rajin2 kan mium susu ni. Banyak khasiat yang tubuh korang akan dapat. Enjoy your day today with Marigold HL ni. * cewah cakap omputih plak*



:)

 

5 comments:

Chic Na said...

sedapnya.. cinta suka susu jugak tp susu dutch lady full cream. kalo tak minum sehari mmg tak sah la. huhu..

Unknown said...

HL dengan Dutch Lady lagi sedap Dutch Lady, terutama yang coklat tu, tapi HL ni kandungan protein dia lagi tinggi.

syiela said...

akak paksakan diri untuk minum ni huhuhu

jaakechik said...

first time minum time peknen dulu, setelah dipaksa en laki! hehehe,,,,, skang dah jatuh cinta ngn susu. sgt sedapp rupanya.... dulu ingatkan susu ni berbau lembu.... (Darat!)

afiah_yaa said...

wawawahh...sedapkan susu ni....:)