Tuesday 11 September 2012

Tips merawat hati kecewa

Salam pagi semua. Cewahh,sopan kan pagi ni. Harus lah!
Memandangkan hari ni aku rasa kecewa sikit dengan seorang hamba Allah ni, perangai bila nak berubah pun aku tak tahu dia la. Jadinya wujud lah tajuk entry kat atas tuh.


Sambil-sambil aku nak merawat hati aku ni aku boleh kongsi-kongsi dengan korang kan. Tapi aku harap korang baca je tips ni sebabnya aku tak nak pun kawan-kawan aku yang cantik lagi hensem ni berasa kecewa dalam hidup. Semoga kebahagiaan berpanjangan!! Amin!!

1. Sentiasa bersangka baik.
Walaupun aku tengah kecewa dengan sikap seseorang sekarang ni tapi aku tetap jugak bersangka baik dengan dia. Haaa,maksudnya macam ni la! Bijak kan aku!

2. Buang segala hasad dengki.
Kan dengki mendengki tak baik kan. Kalau kita tak suka orang buat kat kita macam tu jangan la kita buat macam tu jugak. Berdosa taw!

3. Senyumlah.
Senyum kan awet muda dan nampak manis sangat. Jadi senyum jer. Nampak manis macam aku! *nak jugak dia tu*

4. Hiasi diri dengan sikap ikhlas.
Susah sikit kan nak buat kerja dengan ikhlas kan. Yang penting niatkan dalam diri kita ikhlas kerana-NYA. Niat tu pun kena bersih tanpa tujuan yang tidak elok.

5. Gemar menghadiri majlis ilmu.
Aku tahu korang takde masa nak pergi kan? Youtube ada, cd pun banyak pasal ilmu. Tak salah pun korang dengar taw.

6. Ubati rasa kecewa dalam diri.
Belajar untuk terima kenyataan. Walaupun sukar tapi lama-lama akan menjadi okey. Cuma kena ambik masa la. Aku faham perasaan macam mana nak terima kenyataan yang telah membuat kita kecewa kan. Cari pendengar yang sudi mendengar luahan rasa kita. Ni bagi kes yang berat la kan.

7. Kembalilah bersemangat.
Bersemangat lah pada setiap hari. Bersyukur dengan apa yang kita perolehi sekarang. Jangan fikirkan benda yang negatif. Sentiasa berfikiran terbuka. Chaiyokkk3!!


 

Haaaa, dah bersemangat dah hari ni. Takpe lah dah masuk tengahari pun. Aku dah maafkan kau sang kawan! Wawawahh bersemangat sudah hari ini. Aku harap kau berubah lepas ni! *siap bagi nasihat lagi* kuikuikui


:)

5 comments:

Unknown said...

hahahah. bagus nya kawan ni. senangkan maaf.. hehehe good. tips yang menarik.

jaakechik said...

bagus afiaah ni rajin bagi tips. mmg terbaikk!

Everything's Everythings said...

Bagus tips ni ^^
Semoga kita kuat menempuhi kekecewaan diri kita sendiri

akubiomed said...

Orang tua kita sentiasa ada untuk menjadi pendengar setia dan memberi nasihat.

afiah_yaa said...

tq kawan2...bagi support kat saya...:)