Saturday 11 August 2012

best wooo!!!

Memandangkan aku suka pergi jalan2, jadi kali ni aku nak story mory kat korang pasal aku join lawatan time aku study dulu kat PKB....rombongan ni pergi dengan 2 biji bas, kitorang pergi sebelum final kalu aku tak silap la...

Time nak dekat akhir semester memang akan femus nak g lawatan sana lawatan situ...kena awal2 lagi buat kertas kerja, pastu kena booking bas...sebab kitorang pergi dengan bas PKB, jadinya jadual bas bergerak terhad la...sapa cepat dia dapat la..time ni driver bas mesti dapat bonus kan plus dapat join g jalan2 sekali...best jugak kan...

Lawatan kali ni under subjek Microwave, kitorang bila da naik sem last kena buat pilihan subjek apa yang nak...memang kompius akak dik,awal2 sem nak pilih subjek2 yang best...tapi aku pilih subjek Microwave tak menyesal pun...yang penting sekali pensyarah ni aku suka dan akan ramai la lelaki yang akan jeles dengan pensyarah ni sebabnye pensyarah ni hensem...orang kata semangat nak pergi kelas tu cepat la, bukan apa sebab nak tengok pensyarah ni?? bleh?? alasan xbleh bla lansung!!! 
Bukan apala, pensyarah ni nama dia En. Juneth ,camne erk eja nama dia, btul kot...sory En. Juneth erk, kalu salah eja nama (macam la blog aku ni dia baca)...pensyarah ni doa orang Siam, da kawin da pun...cara dia mengajar pun best, kita mudah faham, bukan setakat hensem je erk...korang jangan ingat aku gatal erk...aku da ada WMH la...jangan marah erk,nak gediks sikit...hihi

Jadinya, lawatan ni di bawah En. Juneth la..dia yang sediakan semuanya...dari awal hingga akhir...mulanya tu kitorang kena bayar RM30 je...sapa nak bagi kan pergi lawatan kat Melaka ,KL dengan RM30 je termasuk makan minum nga tempat tinggal?? 
Tapi rezeki kitorang lagi murah sebabnya RM30 tu diberi semula kepada kitorang sebab Jabatan Kejuruteraan Elektrik da sponser...Alhamdulillah...

Aku lupa hari apa n tarikh bila kitaorang ni pergi, tapi yang aku ingat kitorang bertolak waktu petang sebab nak jimat masa...perjalanan nak pergi Melaka kan ambik masa, jadi koitorang bertolak petang, dan sampai pagi esok bleh la start program kan....

 haaa, ni gambar kitorang duk gedikss sambil duk tunggu bas sampai...biasala perempuan kan....hihihi
 
Aku, Afin, Aza, Ana.


Kedudukan yang lain sama cuma tambah Ila je....hihi

 Sebenarnya xnak campur bas lelaki nga bas perempuan, tapi bas satu lagi jenis bas yang kecik, tak muat untuk semua lelaki...jadinya lelaki2 yang tak cukup tempat tu kena naik bas perempuan....siap kata best lagi bleh naik nga perempuan punye bas....apa kes da??
 

Sampai je pagi tu kitorang berhenti kat R&R kat Melaka...rehat2, bersihkan diri, sembahyang, n siap2 plus snap2 gambar2 lagi...

Time ni lepas subuh, tapi tak kisah pun, asalkan dapat posing je...yang penting semangat tu tinggi...

Yang mana satuuuu, idaman kalbu....lalalala


lepas tu nak pergi tempat2 lawatan la...hihi aku lupa nama tempat tuh...da nak dekat 2 tahun da citer nih, lupa la aku.... yang aku ingat tempat ni pasal kabel bawah tanah....kat sini macam headquarters dia la....sambung kan perhubungan bawah tanah ke seluruh dunia....diorang tunjukkan cara macam mana nak kesan tempat2 yang rosak di bawah tanah....pas2 cara2 nak korek tanah nak tanam kabel...dia tunjukkan video dimana diorang terpaksa gunakan robot yang dikawal untuk mengesan kerosakan disebabkan tekanan dibawah laut yang terlalu tinggi dimana kita manusia tidak boleh turun pada waktu yang lama....ala yang berkaitan dengan subjek Microwave yang aku belajar la....gambar kat tempat ni xde nga aku nak tunjuk kat korang la....

Sebab kan, aku pergi lawatan ni bukan semata2 nak pergi belajar...tapi nak pergi jalan2...nak hilang2kan stress yang melanda....tu yang paling utama....korang pun mesti sama kan macam aku,jangan tipu la...aku taw la...konon ayu la tuh...

Tidak melepaskan peluang kitorang pun pergi la jalan2 kat Bandar Melaka...last aku pergi Melaka ni lepas ambik PMR dulu...sekarang ni Melaka da banyak berubah...pusat hiburan pun da banyak, lepas je makan2 aku pergi tengok wayang, kalu tak silap aku tengok Resident Evil...in 3D lagi...time ni semua berpecah ikut group masing2...aku, aza, afin je yang g tengok wayang....ni pergi lawatan ke pergi bersiar2?? aku pun tak paham....

Sebelum pergi tengok wayang tu kitorang snap2 gambar dulu....tengok nih...


Kat belakang tu da bagitaw aku kat mana kan..korang baca je...
Tengok gaya sorang2 menyampah plak aku kan....aku sukerrr..
 

 Ni lepas makan MCD...aku tak berapa minat sangat tapi aku kan foreigner, jadi kena la over2 omputih...makan la MCD...hahahhaa

 Balik malam tu pun da lewat sangat2, ingat nak tido je...keesokannye plak kitorang pergi UTEM, ni pun xde gambar jugak...pergi melawat2 je kat tempat dia...time tu ramai jugak yang cakap nak pergi sambung belajar kat sana bila da habis study...tapi setahu aku berapa orang je yang dapat sambung kat sini...

Da habis da jalan2..kitorang nak balik...Bye2 Melaka dan KL..kalu KL aku da pergi bayak kali da, Melaka je baru sampai 2 kali...nati aku pergi sana plak...bukan lawatan kot...tapi honeymoon...bleh??? gatal!!!

 Korang abaikan lelaki2 kat belakang tu erk...fokuskan pada gadis2 santekk kat depan tuh....hihi..

:)

No comments: