Monday 27 August 2012

Zombie Land On Facebook!


Aku ni sebenarnya bukan hantu facebook pun. Aku online pun time duk kat tempat kerja je. Tu pun kalu tak ada kerja nak buat la. Yang selalu online tu jangan ingat aku ni suka on fb je. Saje buat hilang boring je, pastu untuk hilangkan stress sikit bila lepas buat kerja banyak2 kan.. Korang pun macam tu jugak kan. 

Satu lagi aku suka baca komen2 kawan aku. Ada yang post perasaan dorang yang suka yang duka. Semua ada la. Pastu fb ni senang kalu nak ajak kawin kan. Ramai jugak member aku yang belajar dulu sekarang da kahwin pun. Dah dapat anak dah pun. Aku bila lagi?? InsyaaALLAH kalau ada rezeki kan... Korang doakan banyak2 untuk aku. 

Lagi satu aku suka main game dalam fb ni. Zombie Land. Banyak sangat game dalam fb kan tapi aku pilih game Zombie Land. Sebab apa?? Sebab sebelum ni aku ada main game zombie jugak tapi yang jenis lain. Best sangat, kena tanam bunga matahari, pastu collect dia punya cahaya. Bila kumpul banyak2 dapat beli bunga2 lain yang keluar senjata nak bunuh zombie. Pertahankan rumah dari dimasuki zombie yang suka makan otak!! Eauww dasyat kan. 

Sekarang pun WMH duk gilakan main game zombie tuh. Xdela dulu kata game apa macam nih, sekarang dia plak yang main. Tak adil kan??

Sebab kan ada dalam fb ni game zombie jugak aku pun main la. Tapi yang dalam fb ni jenis lain la. Kena tanam pokok2 jugak. Dari situ kita collect energy nak bunuh zombie kan. Senjata2 dia pun dah ganas.
Korang main la jugak Zombie Land nih, dapat jadi friends aku, pastu kita boleh tolong menolong.. Cewahhh!

Ok ok, selamat datang ke Zombi Land aku ni!!


 Ni la rumah aku yang aku design sendiri. Ntah pape kan?? Xbleh jadi jurutera pun..




Ni plak spouse aku. Gagah kan?? Macam WMH gituu...*pitam*




Haa,ni la muka zombie2 aku yang masih hidup. Kita kena kepung dia, kalu tak dia masuk dalam kawasan rumah dan musnahkan semua. Dah la rumah tak cantik. Lebih2 kawasan rumah. Banyak function yang boleh membantu. Contohnya friends kat bawah tu, bila kita pergi melawat, akan dapat satu energy, pastu boleh tolong diorang la dari segi tanaman ke hiasan ke. Menarik bukan??




Ni kebun aku, saper2 yang suka makan buah epal ke buah mangga ke meh la join aku main game ni. Korang boleh tolong aku petik buah2 ni semua. Setakat ni stage aku berapa je, tengok duit pun baru dapat collect 50000. Pastu nak beli senjata lagi, nak ganti pagar yang zombi rosakkan. Tapi xpe sebab kebun aku ni kalau petik dapat hasil yang lumayan. Pasty tolong friends2 aku yang lain.

Korang cuba erk...

:)




No comments: