Tuesday 28 August 2012

Legoland Malaysia...

Korang mesti lebih tahu dari aku kan pasal taman tema yang sekarang dalam pembinaan kat Negeri Johor. Kat Kelantan bila erk nak buat taman tema. Bukan apa nak pergi Johor jauh sangat, kat negeri sendiri kan best. Papepun aku dh bersyukur sangat dapat duk di negeri Kelantan nih.

Elehh, nak pergi Legoland kat Johor konon. Genting Highland pun tak pernah sampai. Jakun aku kan?? Orang lain semua dah sampai, aku je yang ketinggalan zaman lagi. Ada teringin nak pergi cuma peluang tu tak berapa nak cerah lagi la. Nanti akan sampai jugak, tunggu masa je.

Sekarang ni aku nak cerita pasal Legoland la bukan pasal Genting. Sedeyy kan bercerita pasal tempat yang rasa teringin je nak pergi sana tapi sampai sekarang tak sampai2 lagi. Kalau bleh aku nak pergi dengan WMH, sebab boleh bodek banyak2...nak naik tu, nak main nih, nak pergi situ sini...nak makan nih...hihihi 


Sekarang Malaysia dah semakin maju kan. Untuk tarikan dunia, Malaysia akan menambah lagi satu tarikan kepada pelancong iaitu Taman Tema LegoLand Malaysia bertempat di Nusajaya, Iskandar Malaysia, Johor.


 


Ni haa taman tema tu. mesti best main kan..masuk satu hari pun tak cukup nak main nih...

Aku ada sedikit fakta pasal Legoland ni. Untuk korang ambik tahu sebab nanti dah siap kan nak pergi kat sini.

  • Taman tema tersebut akan diberi nama Legoland Malaysia
  • Akan menjadi taman tema berkonsep Lego yang pertama di Asia dan taman tema antarabangsa pertama di Malaysia
  • Lokasi di Nusajaya, Iskandar Malaysia, Johor, Malaysia
  • Dimiliki dan dibangunkan oleh Merlin Entertainments
  • Akan dibuka pada penghujung 2012 dan beroperasi sepanjang tahun
  • Meliputi kawasan seluas 70 ekar (280,000 meter persegi)
  • Terdapat 40 permainan interaktif, persembahan and tarikan termasuk Main Theme Park, 4D Theater, Kids Driving School, Legoland Hotel, Lifestyle Mall dan macam-macam lagi.
  • Ia akan menjadi pusat tumpuan kepada kompleks bersepadu seluas 5,500,000 kaki persegi (510,000 meter persegi) di kawasan Industri Nusa Cemerlang, antara rantau ekonomi Iskandar Malaysia, yang terdiri daripada pusat gaya hidup runcit, pejabat, hotel, pangsapuri, perkhidmatan dan unit-unit kediaman.
  • Legoland Malaysia mensasarkan 1.5 juta pelawat semasa pembukaannya nanti.
  • Harga tiket Legoland Malaysia: RM140 (US$44) seorang dewasa dan RM110 (US$35) seorang kanak-kanak (+ rebat RM30 untuk pemegang Mykad) atau,
  • Pas masuk tahunan:
  • Pas masuk Pra-pembukaan (sah untuk 12 bulan)
    Dewasa: RM195
    Kanak-kanak (3-11 tahun): RM150
  • Pas masuk tahunan biasa (sah untuk 12 bulan)
    Dewasa: RM275
    Kanak-kanak (3-11 tahun): RM210

Mahal jugak ek tiket dia, ehhh, tu harga untuk setahun la. Sori, aku tak perasan. Yela aku bukan anak raja, tengok harga mahal2 mesti terkejut, buka mata luas2 baru perasan oooo itu untuk sepanjang tahun. Lega sikit rasa.Ok sangat la dengan harga pembukaan tu, sebab kos dia pun dah banyak kan. Lagipun aku rasa berbaloi gila harga ni dengan mainan yang sangat banyak kat dalam ni. Sapa setuju???

Macam biasa nanti kalu korang nak pergi Legoland ni jangan lupa ajak aku jugak erk. Aku nak join.

:)


No comments: